Quantcast
Channel: Filem – Galaksi Media
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34

(HIBURAN) FILEM M4M4 –“KISAH IBU YANG MEMBALAS DENDAM TERHADAP KEMATIAN ANAK”

$
0
0

DA MOTION MEDIA merupakan sebuah syarikat produksi yang ditubuhkan dengan gabungan individu-individu berpengalaman dalam industri penerbitan filem dan drama tempatan. 

Buat permulaan, DA MOTION MEDIA bakal tampil dengan sebuah filem horror thriller berjudul M4M4 (MAMA) yang akan menemui penonton pada 6 Februari 2020.

Diarahkan oleh pengarah wanita, Eyra Rahman ini seperti Nabila Huda, Bella Dowanna, Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Nizam Zaidi, Ungku Hariz, Eyra Hazali, Izzy Reef dan beberapa artis lain.

Eyra selaku pengarah berkata, antara sebab utama dia tertarik untuk menghasilkan filem ini kerana ia sebuah cerita tentang kasih sayang seorang ibu terhadap anak tunggalnya yang mati dibunuh.

“Asalnya saya telah dipanggil oleh penerbit sendiri iaitu Abang Aseh (Allahyarham Datuk Mokhairul Shamsul Mokhtar) untuk menghasilkan sebuah filem yang juga idea asal beliau.

“Menurut beliau, saya dipilih kerana beliau merasakan naskhah ini sesuai untuk saya arahkan memandangkan saya seorang pengarah wanita,” ujarnya yang sudah mengarah sebanyak 14 buah filem setakat ini.

Bercerita lebih lanjut tentang pembikinan filem ini, Eyra menyatakan ia dilakukan sekitar kawasan Lembang Klang dan mengambil masa selama 25 hari.

Ujarnya, mengenai pemilihan pelakon pula, dia percaya semua pelakon yang dipilih mampu membawakan watak masing-masing dengan berkesan.

“Kami bersetuju memilih barisan ini kerana saya percaya mereka berjaya membawa watak dengan baik, biarpun ada yang kali pertama berlakon di bawah arahan saya.

“Bagaimanpun, apabila merujuk kembali lakonan-lakonan mereka, saya yakin mampu membentuk mereka dengan karakter yang saya mahukan dalam filem ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Eyra memberitahu dia meletakkan harapan yang tinggi untuk filem ini serta ia dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat terhadap cabaran yang berlaku ketika ini, terutama sekali perhatian terhadap anak perempuan yang meningkat dewasa.

“Menerusi filem ini ia sedikit sebanyak diharap dapat membuka mata setiap penonton. Selain itu harapan saya adalah penonton dapat merasai nilai kasih sayang yang tidak terungkap oleh seorang ibu,” ujarnya.

Sementara itu, Nabila Huda yang memegang watak utama sebagai Aini menyatakan ini kali pertama dia membawakan watak seorang ibu yang mempunyai seorang anak perempuan yang berusia belasan tahun.

Ujar Nabila, kali pertama bekerja di bawah arahan Eyra juga tidak sukar dan pengarah berkenaan banyak memberikan pandangan kepadanya untuk ‘menghidupkan’ lagi watak yang dibawakannya itu.

“Saya suka dengan pengarah yang memberi teguran kepada pelakonnya kerana bagi saya banyak perkara baharu yang boleh dipelajari.

“Dengan cara sebegini ia sebenarnya memberi kelebihan kepada saya untuk meningkatkan lagi mutu lakonan,” jelasnya.

Menurut Nabila, antara sebab utama dia mahu terlibat dalam filem M4M4 ini kerana tema cerita itu sendiri tentang hubungan yang kuat antara seorang ibu dan anak.

“Kehilangan itu adalah sangat menyakitkan, apatah lagi apabila anak yang disayangi telah dirogol dan kemudian mati dibunuh.

“Namun, filem ini sebenarnya banyak memberikan pengajaran supaya kita ambil langkah dan cara yang betul untuk berhadapan dengan situasi sebegini serta mengambil langkah berjaga-juga agar ia dapat dielakkan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, apa yang dipaparkan dalam filem ini juga sebenarnya adalah kes-kes yang kerap berlaku di seluruh dunia.

Bagaimanpun, Nabila melihat kebanyakan kes berkenaan dilihat tidak mendapat keadilan yang sewajarnya.

“Misalnya, pesalah hanya akan dihukum penjara dan sebatan sahaja, sedangkan hukuman lebih berat harus dijatuhkan.

“Sedangkan perlu difikirkan juga situasi terhadap mangsa yang melalui keadaan tersebut untuk membesar sebagai gadis yang normal,” ujarnya.

Nabila juga menyatakan dia mahu penonton menerima filem ini dari sudut yang positif, terutama sekali mesej-mesej yang ingin disampaikan.

SINOPSIS

Kisah bermula pada hari lahir ke-15 ALYA (Bella Dowanna) yang disambut setiap tahun bersama MAMAnya, AINI (Nabila Huda). Setelah kematian suami ketika Alya berusia lapan tahun, Aini berusaha keras setiap hari untuk memberikan kehidupan yang lebih baik untuk untuk anaknya.

Alya mempunyai dua kawan baik iaitu DANIEL (Izzy Reef) dan ELLY (Eyra Hazali). Mereka bertiga tinggal di kawasan yang sama dan membesar bersama-sama. Pada suatu hari, Alya, mereka diganggu oleh tiga orang lelaki iaitu APAI (Kodi Rasheed), LUK (Ungku Hariz) dan REMY (Niezam Zaidi) yang terkenal dengan gaya samseng mereka di kawasan tersebut. Mereka sering menganggu pelajar-pelajar sekolah yang makan di kawasan tersebut, termasuk Alya. Namun, pada hari tersebut kesabaran Alya memuncak apabila Apai dengan beraninya menyentuh Alya. Berlaku pergaduhan di antara Apai, Alya dan Danny sehingga menyebabkan Alya dengan beraninya menyimbah sup panas kepada Apai.

Sewaktu Alya dan Elly sedang menunggu bas, sesuatu menimpa Elly dan dia terpaksa beredar dari situ buat seketika. Semasa Alya menunggu Elly, Apai dan kawan-kawannya muncul bersama motor dan membuat onar di situ. Alya dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Apai dan kawan-kawannya menarik Alya untuk pergi dari situ. Alya dibawa ke sebuah bangunan tinggal dan diperkosa dengan kejamnya. Alya pulang ke rumah dalam keadaan sakit dan cedera.

Aini cuba menyembunyikan emosinya sebagai ibu demi membantu Alya yang masih trauma. Namun, tekanan yang diterima dalam kalangan masyarakat menyebabkan jiwanya sebagai ibu turut terkesan. Melihatkan keadaan Aini, Alya cuba bangkit dan cuba untuk melupakan apa yang sudah terjadi. Dia mahu memulakan segalanya bersama Aini.

Bagaimana Aini sebagai seorang MAMA menangani kemelut emosinya? Adakah Aini sanggup memaafkan APAI, LUK dan REMY? Segalanya bakal terjawab di dalam filem M4M4 yang bakal ditayangkan di pawagam pada 6 Februari 2020.

 

KARYAWAN

PELAKON

Aini                                           Nabila Huda

Alya                                          Bella Dowanna

Tuan Azahari                             Faizal Hussein

Apai                                         Kodi Rasheed

LUK                                          Ungku Hariz

Remy                                        Niezam Zaidi

Daniel                                       Izzy Reef

Elly                                           Eyra Hazali

Alya (8 tahun)                            Amanda Hariz

KARYAWAN

Terbitan                                   DA Motion Media Sdn. Bhd.

Penerbit                                   Allahyarham Datuk Mokharul Shamsul Mokhtar

Penerbit Eksekutif                    Azahari Abdul Hamid

                                                Norliza Samion

                                                Mokhairul Syamnizar Mokhtar

Pengurus Kewangan                Norliza Samion

Pen. Pengurus Kewangan        Idzma Syawina Mohd. Hafidzan

Penerbit Penyelaras                 Azaromi Ghozali

Pengarah                                 Eyra Rahman

Penolong Pengarah 1               Seha Zulkuply

Penolong Pengarah 2               Mat Syahrom Talib

Pengarah Sinematografi           Rahimi Maidin

Pengarah Seni                         Nordin Ismail

Penata Busana                         Maszeli Bahari

Jurumekap dan SFX                 Ika Abdul Hadei

Pengurus Produksi                  Azaromi Ghozali

Pen. Pengurus Produksi          Rosnalee Khalil

Pengarah Aksi                          Hafizd Razib (Hafizd Stunt Master)

Penulis Skrip                           Faten Syamimie Abdul Aziz

Di sebalik Tabir                        Tan Shier

Audio                                       Fazly Radzi (Promix Studio)

Konti                                        Muhammad Ghufron Salim

Loader                                     Muhammad Daniel Haziq

Runner                                     Azman Yusof

Handy                                      Mohamad Nazim Moh Zimire

Pen. Produksi                          Mokhairul Irfan Mokhtar

                                                Muhammad Aqil Muhammad Halil

Pelajar Praktikal (KUIS)            Nur Atiqah Muhd. Arif Lee

                                                Mohamad Zulhatim Tohir

                                                Nur Azira Ahmad Naser

                                                Asmaa’Laila Yacob


Viewing all articles
Browse latest Browse all 34

Latest Images